Friday, 29 November 2013





PENGAKHIRAN.






Now Playing : Ku Katakan Dengan Indah (Cover) - Yuna.

Definitely yeah. Memang takdir kita jadi sahabat.
Tak mungkin lebih dari itu.
Terima kasih kepada engkau yang pernah menyinggah kamar hati ini.
Hmm, aku akan bahagia tetapi aku tak akan kejar bahagia itu
Jangan paksa aku sampai aku terjatuh.
Tonton engkau bahagia pun sudah memadai.


Now Playing : Ku Akui - Hafiz

Maafkan aku. Maaf buat kau terluka.
Aku pasti luka engkau akan lenyap tidak lama lagi
Lagu-lagu semalam yang diputarkan semua lagu engkau
Aku sayang engkau.
Tapi ....
Engkau kata mimpi aku sudah jadi kenyataan.
Baiklah.
Aku rasa itulah pengakhirannya.
Aku bersendirian, aku tidur awal, aku ...
Aku sedih. Kau pergi.
Dan kau kelihatan gembira tanpa aku.
Aku terima.
Semoga berbahagia, neon hati.


Now Playing : You've Got To Die For The Goverment - Anti-Flag

Mati.


Now Playing : Bella Luna - Jason Mraz

Okay! Okay, tak mengapa. Hehe.
Selamat Tinggal.
Aku takkan buka pekung cinta kita
Biar aku dan engkau sahaja yang tahu.
Dan aku masih sedih.


Now Playing : Ku Mahu Kau Tahu - Hujan

Hahaha, lagu ni macam kena dengan situasi je? Kahkahkah
Aku rindu kau.








Kbye - 2013









Sunday, 1 September 2013









(Hak milik Beliau)
Jumaat  9 August 2013
DIA

Dia,
Manusia biasa,
Aku hanya membaca,
Dia yang derita,
Benar bukan dia,
Itu cuma bayang,
Dimukanya tenang,
Dihatinya gelora,
Biar dia lumpuh,
Asal kau kukuh,
Aku cuma boleh berdoa,
Bahagia dipihak dia.

#kredit to Bumiwanita Halus.






















*p/s : Terima kasih buat Sang Kaki kerna memberi puisi pendek ini buat Bumiwanita Halus. 
Sungguh beta menghargai engkau. Beta merasa terharu. Beta tak menyangka yang engkau menulis untuk beta,
 terima kasih sekali lagi. Segala terma & syarat adalah hak milik kekal Sang Kaki. Bukan hak milik beta. Terima kasih.



























Monday, 20 May 2013




KITAB KUNING L.



Part 1#


Laila. Itu nama dia, gadis yang kuat, tabah dan pawer. “Mak, semua barang dah siap packing ke? Ada lagi nak letak dalam lori?” Puan Aya, mak Laila yang pawer tu. Family dorang disaster. Parents Laila divorced. Ayah dia gila perempuan, gila duit, gila kuasa. Dulu ayah Laila, Encik Haff pernah buat hal ngan Puan Aya tu, tapi Puan Aya rilex je, chill je. Tapi dah sampai satu hari tu, Puan Aya tak tahan terus belahhh dari rumah tinggalkan Laila, Kail, Haffi dan Dwi dekat rumah. Kail adik Laila, budak sekolah dia selalu bahan dia Albino, sebab dia putih gila kutt. Haffi tu abang Laila, handsome tapi baran ikut macam Encik Haff tu. Dwi pulak akak Laila, selalu batu api-kan Laila, kadang-kadang baik, kadang-kadang tu huishhh, hmm susah lah nak bagitahu macam mana. Takada dah kutt La, nanti kalau ada tinggal, kau datang lah rumah ayah kau ni, amek barang”. Adik-beradik Laila and Puan Aya keluar dari rumah Encik Haff. Ini kisah family Laila. Hah, ada lagi satu watak  tak tercerita iaitu, Ann. Mak tiri Laila. Perempuan ni buang tebiat amek laki orang. Tak reti nak malu agaknya.





Monday, 13 May 2013









Ini kisah Aku & Dia
Sekalung bunga mati penghargaan buat beliau.







4 Mei 2013


Aku: Tidur? Kenapa kau suruh aku tidur. Haishhh.
Tik tik tik, jam tu terus bernyawa
Kau mahu aku mati sementara pula? Hmmm

Dia: Jam bernyawa akibat kuasa bateri yang kekal lama. Kau bernyawa tapi bergantung pada tenaga sementara. Aku tak mahu kau lemah akibat kegagalan mengisi semula tenaga;tidur. Tapi tak juga aku menghalau. Aku sanggup teman kau selagi tenaga aku tak perlu diisi semula.

Aku: Tersenyum sinis aku dalam kesejukan pagi dibawah gelap selimut. Haishhh. Malam tadi buat apa je?

Dia: Aku gumbira kau mampu senyum. Malam tadi teman kawan pergi Sunway pastu lepak. Pukul 4 tadi baru balik. Kejap lagi pukul 8 nak pergi kerja.





8 Mei 2013 (A.M)


Dia: Hitam gelap tanpa mentari, bulan pengganti kegelapan hari, selama malam wahai permysuri, pulau imaginasi ku tiba nanti.

Aku: Langit biru memancar kini, ku tak temu matamu di pulau imaginasi. Pagi ini, aku hidup lagi. Dan mengucapkan selamat pagi buat *******i

Dia: Awan pagi berwarna jingga, muncul mentari di timur pula, pagi ini tidak seindah biasa, celiknya mata berhadapan bala.





8 Mei 2013 (P.M)


Aku: Gelapnya langit. Gelapnya hati. Kenapa? Hmm. JIwa sakit, patut diberi suntikan. Longlai suara. Embun dicelahan urat mata mula nak jatuh ke daun pipi. Mungkin imaginasi aku gelap bagai dakwat hitam. Biar aku tenang di sudut itu keseorangan. Selamat Malam!
Betul naluri aku berbisik. Hari ni aku bersedih sebab semalam aku ketawa banyak. Hmm.

Dia: Usah dibiar titisan embun mengalir di pipi. Kau tidak keseorangan dan ini bukan mimpi. Aku masih wujud di alam realiti. Masa ku tiada walaupun sipi. Hmph ******h si permysuri. Maafkan aku kerana tolak kau ke tepi. Janganlah risau sebab aku masih di sini. Tiada khabar tak berarti aku mati. Kekal hidup dalam memori. Pejam mata mu. Ya, aku ada di situ. Tak pun pegang lah buku ku. Ya, aku juga di situ. Kesat titisan embun itu. Buka mata. Akhiri kegelapan. Selamat Malam.




















309# MAKAN-AN



Nasi putih, Telur bifstik, Air sirap bandung
Aku tahu apa yang aku makan
Sedap
Masuk je dalam mulut,
terus perut berbunyi sehingga ke belakang pinggang
Gastrik? Masuk angin? Ya.
Sendawa banyak kali.
Alhamdulillah
Kenyang
Dan terus senyap.











Sunday, 12 May 2013






SEMUTNAKAL




Semut
Kenapa?
Semalam sikit je.
Bagi makan pun, taknak angkut.
Tapi aku tahu kau orang rajin
Semut
Kenapa?
Hari ni kau orang banyak
Sampai ganggu aku
Semut
Tak mahu lah nakal
Dah bagi makan kan
Sampai ke kaki, tangan aku, kau orang nak terokai
Ergghhh, rimas
Semut!
Duduk diam lah!
Haishh!













Aku punya cerita,
AKU PUNYA SUKALAH!







Dalam seminggu banyak benda berlaku.
Hanya seminggu.





Rumah terbakar dekat tingkat 13.
Iaitu level rumah aku. Dan aku tahu pun dari member aku, dia BBM.
Aku duduk sorang taim tu, yang lain bizi dengan hal dunia.
Dan respon aku "Oh ye ke, tak tahu pun, okay thanks"
Pawer juga dia tahu, sedangkan aku duduk yang dalam rumah ni pun tak tahu
Dan hari ni baru aku tahu, rumah nombor berapa yang terbakar
Rupa-rupanya rumah sebelah aku, jiran aku.
Dan respon aku, senyum.
Kau pun boleh bayangkan macam mana kalau api tu mengamuk kan?



Ex-boifren buang bbpin aku dari BBM Contact dia.
What!? Series oii? Sebenarnya aku pun konpius
Hahaha, seraya pun aku senyum
Lagi pun for what point untuk dia nyorokkan aku dalam ruang BBM Contact dia kan
Masing masing tak bertegur. Haishh
Okay, sedih sikit.
Tapi, bye!



Siti hilang.
Sebenarnya dia dah hilang petang yang lepas lepas
Satu rumah tak sedar akan kehilangan dia
Ke esokkan harinya baru bonda perasan yang dia hilang
Lepas subuh, terus aku carik dia, sorang sorang lagi
Yang lain, macam biasa. Hal dunia
Tiba-tiba akak dan bonda pun tolong
Rupanya dia di rumah tingkat 7.
Cisss! Padahal dah carik dah kat level tu.
Apasal tak jumpa oii! Pfffttt!
Senyum lagi dibuatnya.
Dasar kucing ...



Tak suka style aku? Pergi mamps!
"Saya terima apa adanya kamu"
Ayat yang boleh buat aku lega juga lah.
Lepas bertemu mata ke mata
Lantas dia beritahu aku
"Cuma saya tak suka style kamu sahaja"
Pfttt, kau borak dengan aku guna apa do!
Sampai tak ingat apa yang kau cakap kat aku
Aku mampu senyum je.
Manusia. Betul kata Tan Sri Dr. Mahathir
"Orang melayu mudah lupa"



Bonda dalam amarah.
Satu hari aku layan muvi korea.
Aku terlupa nak bayar bil
BIL? Bil oii
Bonda halfdey hari tu.
Sebab bil, dia punya mengamuk. PERGHHH!
Sampaikan aku tengah tengok part tembak-tembak pun,
mata aku terus berkaca, lantas bergelinang air ombak di mata
"Kau ada rumah pun macam tak ada kat rumah, baik kau tak payah balik sini, duduk je dekat sana!"
Apa perasaan kau bila kena pukulan, dentuman perkataan disebabkan bil? Bil sahaja oii
Aku mampu senyap dan senyum. Aku nak berkata, takut.
"Bonda, please dengar sekejap je apa yang shira nak cakap ni"
Tapi ... itu hanya monolog sahaja.

MONOLOG lagi:
"Bonda, Shira terlupa nak bayar. Shira tadi dah turun, tapi pejabat tutup. Tu pun nasib baiklah Shira tak bawak penyata bil ngan duit sekali. Shira mintak maaf"






Keputusan aku apabila aku bangun tidur selepas semua ni berlaku.
Balik sana. Sorang-sorang.
Duduk sorang-sorang.
Tidur sorang-sorang.
Makan sorang-sorang.
Layan diri sorang-sorang.


# Dan ianya sudah pun berlaku pada 46jam yang lepas.








p/s:
"Bonda, Shira bukan merajuk, cuma Shira taknak bonda marah marah lagi dekat anak yang macam ni, Shira taknak buat bonda sakit hati lagi. Lagipun, Shira macam ada tak ada je kan kat rumah tu. Nanti Shira balik lah ya, Shira tak merajuk pun. Shira mintak maaf, bonda, jaga diri okay?"

"Buat Sang Imaginasi, terima kasih sebab marah aku tadi. Festaim, aku rasa kau marah aku gegila tadi. 'kau nak jadi apa do' 'Kau nak mampus kat situ sorang sorang ke?' Aku ... terdiam bila kau ajukan banyak soalan berbentuk sebegitu. Aku mintak maaf. Aku macam tak percaya seminggu ni jadi macam macam. Aku terkejut. Aku perlukan masa sendirian. Kadang-kadang sampai aku terpaksa tipu kau, tapi aku tak tipu pasal makan okay? Maaf weiyh. Aku tipu kau pun sebab aku taknak bebankan kepala hotak kau. Banyak benda yang kau boleh fikir, dari dengar keluhan aku kan? Hmm, tipu sunat je. Sorry! Festaim juga aku menangis sebab kau, apakah? Kau pawer sebab berjaya buat mata aku berkaca. Haha! InsyAllah aku okay lepas ni. Aku sedar aku dah di luar zon selesa aku. Kau selalu jaga aku, teman aku. Aku nak cakap semua ni dekat kau, tapi... Entahlah. Apa apa pun. Terima kasih dan aku mintak maaf."


















Thursday, 2 May 2013







(biar aku yang memberi tajuknya)
KAIN. BUKU & HATI


Renung lama-lama.
Belek lama-lama.
Pegang lama-lama.
Pejam lama-lama.
Teringat memori lama-lama.

Aku sentimental.

Buku yang dia beri
Selitnya satu kain
Dalam keadaan menyendiri
Imaginasi terus bermain

Tekun aku membelek
Dalam posisi baring aku layangkan mental
Lipatannya aku renyukkan sampai terbalik
Moga tak hilang nilai sentimental

Sebuah buku dan sehelai kain
Seorang diri di kamar sepi
Minda ternyala sebatang lilin
Terlihat memori di setiap tepi

Ini pemberian pinjam
Akan aku jaga selagi mata belum pejam

Ini pemberian pinjam
Nilainya lebih bernilai dari sebuah cincin berlian

Okay, cukup. Aku sentimental.
Okay. Aku malu.

























*p/s : Terima kasih buat Sang Imaginasi sebab bagi pesanan ringkas ini buat Bumiwanita Halus.
Sungguh aku menghargai engkau. Beta merasa terharu. 
Segala terma & syarat adalah hak milik kekal Sang Imaginasi ini. Bukan hak milik beta.
Terima kasih.













Thursday, 25 April 2013






487# RENUNGAN



Jangan gelarkan aku pelacur
Jangan gelarkan aku gigolo
Jangan gelarkan aku pengemis jalanan
Jangan engkau fikir engkau hebat
Jangan sangka aku tak akan berjaya
Jangan sangka aku lemah
Tolong fikir jauh
Aku manusia macam engkau juga
Cuma aku tak riak macam engkau
Cuma aku tak gelarkan engkau sundal
Aku hanya gelarkan engkau Manusia
Jadi, engkau tewas pada Tuhan!
Jangan pandang aku macam tu sahaja.










PERLAYARAN
ENGKAU!




Untuk itu!
Dia adalah punca aku hadiahkan sekepuk emas di dada ini untuk diluakkan
Dia adalah Nakhoda kapal layar yang berlilitkan kain batik di hati aku ini
Aku yakin dia mengemudi kapal itu dengan penuh kegagahan
Biarpun ombak melanda, biarpun tsunami yang menghimpap bandar lautan Khatulistiwa itu
Aku pasti dia masih mampu mengawal kapal itu
Bendera putih yang dibekalkan.
Tidak pernah jatuh. Berkibar di lautan itu.
Anak-anak kapal engkau setia berdamping bersama engkau
Doa mereka berterbangan menuju Tuhan
Setiap kali engkau rebah
Engkau pasti bangkit semula
Itulah kekuatan engkau yang paling pawer kau ada
Engkau tak memerlukan teropong lanun untuk meninjau Pulau itu
Kerna engkau tahu naluri engkau kuat untuk menuju ke situ
Aku akan pastikan engkau merasa sesuatu yang diluar jangkaan minda engkau
setelah setibanya engkau di situ bersama anak-anak kapal engkau
Teruskan perlayaran engkau!
Sabarlah.
Kerna sabar itu indah dan memberi balasan yang gila indah lagi sekali

Wahai Engkau
Jagalah diri, jika aku bersama engkau, sudah pasti aku tak akan biarkan
nyamuk durjana menghisap darah manismu, tetapi kadangkala,
aku berharap beliau akan menghisap darah dosamu sehingga kenyang sampai mati dipukul raket elektrik

Wahai Engkau
Aku telah iktirafkan engkau lah Nakhoda Terhebat di hati aku
Aku akan pastikan engkau mendapat pangkat darjat dari Kerajaan Aku
Aku akan pastikan yang aku akan berikan sesuatu kepada engkau yang engkau rasa aku tak mampu buat

Wahai Engkau
Jangan sesekali engkau biarkan kasih engkau ditelan oleh batu belah batu bertangkup
Jangan sesekali engkau tenggelam akibat ais batu Titanic
Jangan sesekali engkau ... tinggalkan aku, wahai Nakhoda!

Dan.
Dan aku.
Aku.
Aku sayangkan engkau.
Aku adalah salah seorang anak kapal engkau.
Aku ingin jumpa engkau di syurga kelak. Amin





















( *Buatmu Ibunda, dikaryakan khas untuk engkau saorang sahaja )