Thursday, 25 April 2013





PERLAYARAN
ENGKAU!




Untuk itu!
Dia adalah punca aku hadiahkan sekepuk emas di dada ini untuk diluakkan
Dia adalah Nakhoda kapal layar yang berlilitkan kain batik di hati aku ini
Aku yakin dia mengemudi kapal itu dengan penuh kegagahan
Biarpun ombak melanda, biarpun tsunami yang menghimpap bandar lautan Khatulistiwa itu
Aku pasti dia masih mampu mengawal kapal itu
Bendera putih yang dibekalkan.
Tidak pernah jatuh. Berkibar di lautan itu.
Anak-anak kapal engkau setia berdamping bersama engkau
Doa mereka berterbangan menuju Tuhan
Setiap kali engkau rebah
Engkau pasti bangkit semula
Itulah kekuatan engkau yang paling pawer kau ada
Engkau tak memerlukan teropong lanun untuk meninjau Pulau itu
Kerna engkau tahu naluri engkau kuat untuk menuju ke situ
Aku akan pastikan engkau merasa sesuatu yang diluar jangkaan minda engkau
setelah setibanya engkau di situ bersama anak-anak kapal engkau
Teruskan perlayaran engkau!
Sabarlah.
Kerna sabar itu indah dan memberi balasan yang gila indah lagi sekali

Wahai Engkau
Jagalah diri, jika aku bersama engkau, sudah pasti aku tak akan biarkan
nyamuk durjana menghisap darah manismu, tetapi kadangkala,
aku berharap beliau akan menghisap darah dosamu sehingga kenyang sampai mati dipukul raket elektrik

Wahai Engkau
Aku telah iktirafkan engkau lah Nakhoda Terhebat di hati aku
Aku akan pastikan engkau mendapat pangkat darjat dari Kerajaan Aku
Aku akan pastikan yang aku akan berikan sesuatu kepada engkau yang engkau rasa aku tak mampu buat

Wahai Engkau
Jangan sesekali engkau biarkan kasih engkau ditelan oleh batu belah batu bertangkup
Jangan sesekali engkau tenggelam akibat ais batu Titanic
Jangan sesekali engkau ... tinggalkan aku, wahai Nakhoda!

Dan.
Dan aku.
Aku.
Aku sayangkan engkau.
Aku adalah salah seorang anak kapal engkau.
Aku ingin jumpa engkau di syurga kelak. Amin





















( *Buatmu Ibunda, dikaryakan khas untuk engkau saorang sahaja )





No comments:

Post a Comment