Monday, 13 May 2013









Ini kisah Aku & Dia
Sekalung bunga mati penghargaan buat beliau.







4 Mei 2013


Aku: Tidur? Kenapa kau suruh aku tidur. Haishhh.
Tik tik tik, jam tu terus bernyawa
Kau mahu aku mati sementara pula? Hmmm

Dia: Jam bernyawa akibat kuasa bateri yang kekal lama. Kau bernyawa tapi bergantung pada tenaga sementara. Aku tak mahu kau lemah akibat kegagalan mengisi semula tenaga;tidur. Tapi tak juga aku menghalau. Aku sanggup teman kau selagi tenaga aku tak perlu diisi semula.

Aku: Tersenyum sinis aku dalam kesejukan pagi dibawah gelap selimut. Haishhh. Malam tadi buat apa je?

Dia: Aku gumbira kau mampu senyum. Malam tadi teman kawan pergi Sunway pastu lepak. Pukul 4 tadi baru balik. Kejap lagi pukul 8 nak pergi kerja.





8 Mei 2013 (A.M)


Dia: Hitam gelap tanpa mentari, bulan pengganti kegelapan hari, selama malam wahai permysuri, pulau imaginasi ku tiba nanti.

Aku: Langit biru memancar kini, ku tak temu matamu di pulau imaginasi. Pagi ini, aku hidup lagi. Dan mengucapkan selamat pagi buat *******i

Dia: Awan pagi berwarna jingga, muncul mentari di timur pula, pagi ini tidak seindah biasa, celiknya mata berhadapan bala.





8 Mei 2013 (P.M)


Aku: Gelapnya langit. Gelapnya hati. Kenapa? Hmm. JIwa sakit, patut diberi suntikan. Longlai suara. Embun dicelahan urat mata mula nak jatuh ke daun pipi. Mungkin imaginasi aku gelap bagai dakwat hitam. Biar aku tenang di sudut itu keseorangan. Selamat Malam!
Betul naluri aku berbisik. Hari ni aku bersedih sebab semalam aku ketawa banyak. Hmm.

Dia: Usah dibiar titisan embun mengalir di pipi. Kau tidak keseorangan dan ini bukan mimpi. Aku masih wujud di alam realiti. Masa ku tiada walaupun sipi. Hmph ******h si permysuri. Maafkan aku kerana tolak kau ke tepi. Janganlah risau sebab aku masih di sini. Tiada khabar tak berarti aku mati. Kekal hidup dalam memori. Pejam mata mu. Ya, aku ada di situ. Tak pun pegang lah buku ku. Ya, aku juga di situ. Kesat titisan embun itu. Buka mata. Akhiri kegelapan. Selamat Malam.














No comments:

Post a Comment