84# Bersama
"BBBAAANNNNNGGGGGUUUNNNNNNNN!"
Itulah teriakkan yang membuatkan
ku terjaga dari lamunan mimpi ku
Ibunda telah memberi titah
Agar ku bergegas bersiap-siap
Hala tuju yang diberitahu adalah Kota Raya Kuala Lumpur
Lalu, ku bangkit dengan tidak semegahnya
Lemah long-lai dibuatnya
Kamar dikemaskan
supaya ibunda tidak "dirasuk"
Sambil menunggu sang Bawang Merah bersiram
Baju dan celana disterika kan
Beberapa minit kemudian
Semua nya sudah kelihatan tampan dan menawan
Ibunda memutuskan
untuk menaiki teksi merah untuk ke kota itu
Setibanya di situ
Kelihatan hanya beberapa rakyat sahaja
Sepertinya semua seakan beristirahat
di kediaman masing-masing
Sungguh tidak percaya
hari ini adalah hari Sabtu
Sunyi Sepi, tidak seperti minggu-minggu yang lain
Yang kelihatan seperti Medan Perang
Kami memborong bermacam-macam
Kasihmu di junjung, Ibunda
Kami membuat keputusan bersama
untuk menikmati santapan di "Restoran Belanga"
Sungguh mengasyikkan
Solat ditunaikan agar ku
tidak lupa akan Dia Yang Maha Kuasa
Berjalan-jalan mencuci mata
Membeli-belah tak ingat dunia
Hanya Alhamdulillah dan terima kasih sentiasa
Kami pulang dengan penuh puas di hati
Penat dan pening menyelubungi
Tidak sangka ku akan sebegini
Tidur adalah tujuan utama di saat ini!
Apa pun Terima Kasih sekali lagi
*kisah kelmarin :)
No comments:
Post a Comment