Saturday, 20 April 2013




DITINGGALKAN SEKETIKA


Berdindingkan langit
Berlatarkan lagu sentimental
Beralaskan tikar plastik
Kaki terjulur
Yeahh! Apa yang patut aku buat
Tengok kanan, kawan gaduh dengan teman hatinya
Pandang kiri, hidupan hijau sahaja
Lihat atas, terasa angin lalu dengan manja di muka
Bila tengok kanan balik, kawan hilang
dan aku tahu kenapa
Dia masuk bilik dan menangis
Beruntung aku tidak bercinta pada manusia
Sel kering komputer riba dan telefon bimbit sudah nyawa nyawa ikan
Aku masih tercongok di ruang ini melihat rakan seorang lagi meroketkan donat sedap
kedalam ruang bujur pada wajahnya itu
Jiwa aku kosong.
Nak sekuntum bunga boleh?




No comments:

Post a Comment