Jam 0135 pagi.
Berlatarkan gelak tawa gadis-gadis.
Biarpun umur mereka seperti kakak.
Cemburu masih terapung di jiwa.
Cemburu masih terapung di jiwa.
Apa sahaja boleh berlaku bukan?
Beronok-ronok di tepi pantai.
Hirup angin pagi yang mendayu.
Haru dan iri hati pula tinggal di ruang tamu.
Picu kesedihan sudah mula bersedia untuk ditarik
Adakah ini ...
Tidak mungkin. Bibir tersenyum sinis.
Cemburu. Cemburu.
Dan cemburu.
Tidak patut muncul di sangkar hati.
Tetapi ...
Bolehkan manusia hidup tanpa perasaan?
Aneh dan pelik.
Lagu diputarkan.
Menjadi penjana elektrik gumbira disaat duka.
Pergi. Berambus. Dan pergilah.
Wahai anasir durjana!
Perasaan saat ini tidak membawa apa-apa faedah.
Pulihlah wahai hati.
Jangan memperdebatkan lagi perasaan itu.
Tidurlah Sang Juwita.
Bulan akan tenggelam.
Matahari pula akan timbul.
Tenggelamkanlah duka itu.
Bina lembaran baru.
Semuanya akan merangkak dengan perlahan.
Dan esok hari akan menjadi seperti biasa.
No comments:
Post a Comment